Thursday 21 March 2013

Itu diaa Chateh atau Sepak Bulu Ayam ^^


             

Wahhh! ramainya orang yang tengah bermain. Apakah ia?? Ia adalah permainan Sepak Bulu Ayam sama dengan Chateh. Permainan ini telah popular sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi sehingga kini permainan ini begitu popular dan disukai tanpa mengira usia mahupun agama. Permainan ini juga boleh dimainkan pada bila-bila masa tapi seeloknya pada waktu petang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.:)

Bulu ayam yang digunakan hampir mirip kepada bulu tangkis yang ada pada masa kini.  Cara penyediannya juga tidaklah rumit. Boleh juga menggunakan getah tiub tayar. Getah itu terlebih dahulu dipotong dengan ukuran pusat kira-kira 4 cm. Getah itu digamkan berlapis-lapis supaya tebal. Kemudian sebatang paku pendek dicucuk ditengah-tengahnya. Paku itu berfungsi sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal-pangkal bulu ayam.
                     



Permainan ini menekankan kemahiran menimbang bulu ayam menggunakan kaki. Memandangkan permainan ini perlumbaan mengutip mata, penimbang akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan semakin tinggilah kemahiran si pemain.

Dari segi peraturan.
Pemain yang berjaya membuat banyak timbang dialah yang akan menjadi juara. Bulu ayam perlulah di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan menggunakan kepala, dada atau lutut. Tapi tidak boleh guna tangan kerana pemain akan dikira kalah atau pun mati. Tetapi kawan-kawan haruslah ingat timbangan yang dibuat selain dari kaki tidak diterima.

SEPAK RAGA A.K.A SEPAK TAKRAW






Nampak tak gambar yang dua pemain yang sedang bermain diatas.  Ia adalah permainan yang di kenali sebagai Sepak Raga juga di kenali sebagai Sepak Takraw. Permainan ini telah wujud sejak 600 tahun yang lalu. Ia dimainkan oleh golongan bangsawan dan rakyat jelata yang juga mengemari permainan ini.
Ia dimainkan di kawasan lapang dan luas. Sepak Raga telah berkembang dan dimainkan bermacam peringkat. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan bentuk bulatan serta memerlukan kemahiran mengawal dan menimbang bola..ushhh~ nampak macam susahkan kawan-kawan.

Nama Sepak Raga juga dikenali Sepak Takraw dan diterima di peringkat antarabangsa.
 Mari kita lihat cara-cara bermain Sepak Takraw.
Langkah 1) Sepak Takraw di mainkan dengan menanduk dan menyepak bola untuk melepasi jaringan dan memasuki gelanggang lawan. Anggota badan seperti kepala, bahu, dada dan peha boleh digunakan kecuali tangan.
Langkah 2) Setiap regu dibarisi 3 pemain dikenali sebagai tekong iaitu pemain yang berada di tengah manakala pemain kiri dan kanan dikenali sebagai apit kiri dan apit kanan.
Langkah 3) peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili tiga regu dalam setiap regu dan hanya dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain.
Langkah 4) Matlamat permainan Sepak Takraw adalah berusaha mematikan bola di gelanggang pihak lawan sehingga mencapai mata penamat iaitu 21.

Sebelum bermain kawan-kawan mestilah mengetahui kesalahan pemain.
1) Menyentuh jaring ketika permainan berjalan adalah satu kesalahan. Maka mata atau servis akan diberikan pada pihak lawan.

Pertukaran Gelanggang.
Akan dilakukan dalam setiap pusingan. Jika kedudukan mata seri 1-1 pemainan diteruskan dalam pusingan yang ketiga. Didalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai mata lapan,pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiran mata kemudian akan diteruskan sehingga ke mata penamatt..
Teeeettttt.

Gambar diatas menunjukkan terdapat tiga sentuhan
(a) Sentuhan pertama- mengawal bola.
(b) Sentuhan kedua- mengumpan.
(c) Sentuhan Ketiga- rejaman.


Ceper a.k.a Tutup botol


               


Kawan-kawan tahu tak dulu-dulu punya permainan adalah Ceper juga di kenali sebagai tutup botol dikalangan masyarakat melayu. Tapi zaman sekarang mungkin dah macam-macam style / syarat yg diubahsuai untuk jadikan permainan ni lebih thrill..hahha..

 Bermain tutup botol nih perlukan fokus tau kawan-kawan. Ia dapat melatih sifat sabar dalam diri kitea :)
orang lama vs orang baru..siap ada "pelapis" kat tepi tu.
Nih la tutup botol yang perlu ada jika kawan-kawan ingin bermain dengan nya^^
 


Step 1:Kawan-kawan kena serakkan 5 bijik tutup botol tu. pastu angkat 1 tinggalkan 4. pastu pihak lawan akan tunjukkan yang mana yang nak tembak dulu.

Step 2: kalau nak susahkan pihak lawan kawan-kawan mestilah pilihlah yang bijik tutup botol yang senand and kawan- kawan gunalah tangan sebelah lagi sebagai penahan untuk kena tutup botol yang ada halangan.
huhuuhhuuu.. senangkan main tutup botol nih kawan-kawan asalkan kawan-kawan ada niat untuk mencuba :)
Selamat mencuba~
GOOD LUCK 

Permainan dahulu kalaa~~ OSOM^^








Setiap orang ada kenangan masa zaman kecik-kecik dahulu kan???
Mesti kawan-kawan pernah bermain Osom kn?? Tapi apakah Osom itu??


Rock-paper-scissors is a hand game played by two or more people. 


The game is often used as a selection method in a way similar to coin flippingdrawing straws, or throwing dice .
Did you know how to play Rock-paper-scissors?? let me explain first~
1)
The players count aloud to three, or speak the name of the game (e.g. "Rock! Paper! Scissors!" and
each time raising one hand in a fist and swinging it down on the count.
2)On the third count (saying, "Scissors!" ) the players change their hands into one of three gestures, which they then "throw" by extending it towards their opponent.
3)players use a fourth count — "Shoot!" — before throwing their gesture, or a version where they only shake their hands twice before "throwing." Others prefer a five count cadence by saying "Says Shoot!" 
4)The gesture are like:
  • Rock, represented by a clenched fist.
  • Scissors, represented by the index and middle fingers extended and separated (or in South Korea, by the thumb and index finger extended).
  • Paper, represented by an open hand, with the fingers connected (horizontal). 
  • The objective is to select a gesture which defeats that of the opponent. Gestures are resolved as follows:
    • Rock blunts or breaks scissors: that is, rock defeats scissors
    • Scissors cut paper: scissors defeats paper
    • Paper covers, sands or captures rock: paper defeats rock
    • If both players choose the same gesture, the game is tied and the players throw again.
    • Kawan-kawan tahu dekat korea depa pown ada bermain Osom tauu..
      kalau tak percaya lihatlah gambar di atas ini..hehehhee~
    • Tetiba teringat pula cerita dalam in my heart ^^ yeepii :)
    • Apa lagii tunggu, jom lah kita  main kawan-kawan.

Wednesday 20 March 2013

~GALAH PANJANG~




*Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong.

*Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.

*Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.

*Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

*Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. 
*Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

CARA BERMAIN

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.
  1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
  3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
  5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

SYARAT PERMAINAN

  1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
  2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.


KONDA KONDI

*Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang.

*Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan.

*Permainan konda-kondi ini merupakan salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan. 


Permainan Konda kondi

TUJUAN PERMAINAN 

Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan. 

KAWASAN PERMAINAN

Kawasan yang terbuka dan lapang 

PERALATAN 

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang dipanggil ‘ibu’Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. 

CARA BERMAIN

  1. Sediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran ½ kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki.
  2.  Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. 
  3. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. 
  4. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. 
  5. Undian di buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. 
  6. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat. 
  7. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu panjang.
  8.  Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. 
  9. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati. 
  10. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat. 
  11. Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. 
  12. Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. 
  13. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu. 

Cara bermain konda kondi

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.

SOROK SOROK (HIDE AND SEEK)


*Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. 
*Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. 
*Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. 
*Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. 
*Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. 


Undian


Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain. 



Cara Bermain dan Peraturan


  1. Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. 
  2. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. 
  3. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. 
  4. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. 
  5. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. 
  6. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. 
  7. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. 
  8. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. 
  9. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.