Thursday 21 March 2013

SEPAK RAGA A.K.A SEPAK TAKRAW






Nampak tak gambar yang dua pemain yang sedang bermain diatas.  Ia adalah permainan yang di kenali sebagai Sepak Raga juga di kenali sebagai Sepak Takraw. Permainan ini telah wujud sejak 600 tahun yang lalu. Ia dimainkan oleh golongan bangsawan dan rakyat jelata yang juga mengemari permainan ini.
Ia dimainkan di kawasan lapang dan luas. Sepak Raga telah berkembang dan dimainkan bermacam peringkat. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan bentuk bulatan serta memerlukan kemahiran mengawal dan menimbang bola..ushhh~ nampak macam susahkan kawan-kawan.

Nama Sepak Raga juga dikenali Sepak Takraw dan diterima di peringkat antarabangsa.
 Mari kita lihat cara-cara bermain Sepak Takraw.
Langkah 1) Sepak Takraw di mainkan dengan menanduk dan menyepak bola untuk melepasi jaringan dan memasuki gelanggang lawan. Anggota badan seperti kepala, bahu, dada dan peha boleh digunakan kecuali tangan.
Langkah 2) Setiap regu dibarisi 3 pemain dikenali sebagai tekong iaitu pemain yang berada di tengah manakala pemain kiri dan kanan dikenali sebagai apit kiri dan apit kanan.
Langkah 3) peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili tiga regu dalam setiap regu dan hanya dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain.
Langkah 4) Matlamat permainan Sepak Takraw adalah berusaha mematikan bola di gelanggang pihak lawan sehingga mencapai mata penamat iaitu 21.

Sebelum bermain kawan-kawan mestilah mengetahui kesalahan pemain.
1) Menyentuh jaring ketika permainan berjalan adalah satu kesalahan. Maka mata atau servis akan diberikan pada pihak lawan.

Pertukaran Gelanggang.
Akan dilakukan dalam setiap pusingan. Jika kedudukan mata seri 1-1 pemainan diteruskan dalam pusingan yang ketiga. Didalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai mata lapan,pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiran mata kemudian akan diteruskan sehingga ke mata penamatt..
Teeeettttt.

Gambar diatas menunjukkan terdapat tiga sentuhan
(a) Sentuhan pertama- mengawal bola.
(b) Sentuhan kedua- mengumpan.
(c) Sentuhan Ketiga- rejaman.


No comments:

Post a Comment