Wednesday 20 March 2013

CONGKAK


Image


Kawan-kawan tahu tak apakah benda diatas ini??

*Ia adalah Congkak. Sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan dalam pertandingan.

*Ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli yang diisi sama banyak.

*Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai “kampung”dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai “rumah”.

*Main congkak ini pun ada rumah tahu kawan-kawan^^

*kalau kawan-kawan hendak bermain perlulah ada dua orang pemain dan mestilah duduk berhadapan.

i) Latar belakang congkak

Congkak di percayai berasal dari Afrika dan Arab. Nama congkak berasal daripada perkataan Bahasa Melayu “congkak” yang bermaksud pengiraan mental. Manakala di Indonesia pula, congkak dikenali dengan nama congklak dan di Filipina dipanggil sungka.
congkak01[1]

ii) Cara bermain

1) Dua orang pemain duduk menghadap congkak dan kedua-dua pemain serentak mencapai buah masing- masing dan masukkan buah     satu demi satu ke dalam lubang kampung dengan pergerakkan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2) Pemain boleh menembak kampung lawan iaitu mengaut semua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas    membuat satu pusingan.

3) Sekiranya buah terakhir jatuh ke dalam rumah sendiri,pemain boleh meneruskan permainan. Jika buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan maka permainan mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh meneruskan permainan sehingga mati.

4)Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain walaupun giliran berada di pihaknya, maka giliran menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5)Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap “terbakar”. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya sehingga pihak lawan mengaku kalah.

6)Pada akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah terbanyak.

jom tengok video untuk lebih faham mengenai congkak.

                                       

No comments:

Post a Comment