Wednesday 20 March 2013

ewah bulan teraju tigo~~ WAU


Image

Waahh~  ada bermacam-macam bentuk di atas apakah ia?? Jeng, jeng, jeng,jeng~
 *Wau ataupun layang-layang di Malaysia ini mendapat nama daripada negara China kerana rekabentuk dan karektornya yang sama seperti di China. 
*Ia di mainkan di kawasan lapang.
*Nama wau dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau dan apabila dinaikkan ke udara daun ibus yang diikat pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi ‘wau’, ‘wau’ secara berirama.

Kawan-kawan nak tahu tak permainan wau ini jugak dikaitkan dengan kisah dongeng.  Apakah kisahnya mari kite baca. Joooomm~
"Permainan wau dikaitkan dengan unsur mitos iaitu ‘Semangat Padi’. Dikatakan sepasang suami isteri yang telah terjumpa seorang bayi dan mereka membela bayi itu sehingga dewasa, tetapi si isteri telah menyeksa anak itu sehingga anak itu melarikan diri. Akibatnya padi pada waktu itu tidak menjadi kerana kononnya anak itu adalah ‘Semangat Padi’ "
Huhuhuu~ begitulah kisahnya^^
Image  

mari kita lihat cara pembuatan wau
1) Untuk menghasilkan wau yang berkualiti,buluh pelu dipilih dengan teliti. Terdapat pantang   larang dalam pemilihan buluh dan penebangan. Selepas itu buluh akan disimpan sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut dan proses membuat bingkai serta membuat tanah akan dilakukan.
2) Proses yang seterusnya adalah mengukur, melukis, dan menyobek haruslah dibuat dengan teliti kerana ia merupakan elemen yang penting..Jambul atau rambu dipasang pada rangka ekor selepas itu proses membuat dan memasang belalai. 
Banyakkan kawan-kawan proses untuk membuat wau~ Semua ini memerlukan usaha yang gigih.
Selepas cara-cara membuat wau mari kita lihat bagaimana cara-cara ingin bermain dengan wau~ Let’s we see ^^
*Kawasan yang paling sesuai untuk bermain wau adalah di tanah lapang seperti di tepi pantai,   dan sawah. Oleh sebab itu permainan ini lebih popular di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Disana kawan-kawan dapat melihat berbagai-bagai bentuk wau.
*Terdapat 3 unsur yang akan mempengaruhi kenaikan wau iaitu tekanan angin, daya tarikan graviti, dan juga daya seretan.  Permainan wau ini dimainkan menggunakan satu tali sahaja kerana akan memudahkan ia dikawal serta diterbangkan. 2 cara digunakan bagi menaikkan atau melancarkan wau iaitu pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh.
 *Permainan wau ini dimainkan menggunakan satu tali sahaja kerana akan memudahkan ia dikawal serta diterbangkan. 2 cara digunakan untuk menaikkan atau melancarkan wau iaitu pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh.
*Wau yang terbang perlu dikawal agar talinya tidak putus dan jatuh ke tanah. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau agar wau tidak jatuh ke tanah.
Image

kawan-kawan tahu tak yang pada masa kini permainan wau telah popular diperingkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivaks International Guests. Festival ini juga mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peserta dari luar negara. 





No comments:

Post a Comment