~ GULI ~
sedapnya coklat. yummy. opss. ehh! jangan terkejut jika gambar di atas sebenarnya adalah GULI?
*o*!
aipp.. tutup mulut dan berhenti buat muka terkejut tu! tengok bawah ni.
APA KEBENDANYA GULI TU?
tak ramai anak muda zaman kini tahu bagaimana nak main guli ni. kan? iyakan je.
*guli adalah sejenis permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak dan sering dimainkan pada zaman dahulu selain gasing, congkak, wau dan lain lain.
*malah dinamakan sebagai “Kelereng”
*guli berbentuk bulat, kecil dan mudah dibawa ke mana mana.
*gemar dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.
Zaman dulu :
potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli.
Selepas Perang Dunia Pertama :
guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki.
Sekarang :
guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
*Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya.
*Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang.
*Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli
Gelanggang:
1. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.
2. Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.
3. Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
4. Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
5. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
6. Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.
namun zaman kini permainan guli tidak terhad hanya boleh dimainkan di atas tanah tetapi boleh dimainkan di atas lantai .
cara membuat gelanggang guli di atas lantai :
1. sediakan peralatan seperti pen marker, pita pelekat dan guli.
2. lukis bulatan di atas lantai seperti gambar di bawah.
3. lekatkan pita pelekat jauh sedikit daripada bulatan sebagai tanda penanda jarak pemain boleh melontarkan guli.
4. pemain lontarkan guli dan singkirkan guli pemain yang lain.
5. boleh juga diletakkan kertas bersama pita pelekat untuk lebih jelas dan peka dengan penanda jarak untuk melontar guli.
6. pemain dengan hasil lontaran yang bagus akan dapat menyingkirkan guli pihak lawan dan mengutip guli terbanyak. Pemain dengan jumlah guli terbanyak akan memenangi permainan guli.
contoh gelanggang guli di atas tanah.
contoh guli :
No comments:
Post a Comment