Thursday 21 March 2013

Itu diaa Chateh atau Sepak Bulu Ayam ^^


             

Wahhh! ramainya orang yang tengah bermain. Apakah ia?? Ia adalah permainan Sepak Bulu Ayam sama dengan Chateh. Permainan ini telah popular sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi sehingga kini permainan ini begitu popular dan disukai tanpa mengira usia mahupun agama. Permainan ini juga boleh dimainkan pada bila-bila masa tapi seeloknya pada waktu petang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.:)

Bulu ayam yang digunakan hampir mirip kepada bulu tangkis yang ada pada masa kini.  Cara penyediannya juga tidaklah rumit. Boleh juga menggunakan getah tiub tayar. Getah itu terlebih dahulu dipotong dengan ukuran pusat kira-kira 4 cm. Getah itu digamkan berlapis-lapis supaya tebal. Kemudian sebatang paku pendek dicucuk ditengah-tengahnya. Paku itu berfungsi sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal-pangkal bulu ayam.
                     



Permainan ini menekankan kemahiran menimbang bulu ayam menggunakan kaki. Memandangkan permainan ini perlumbaan mengutip mata, penimbang akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan semakin tinggilah kemahiran si pemain.

Dari segi peraturan.
Pemain yang berjaya membuat banyak timbang dialah yang akan menjadi juara. Bulu ayam perlulah di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan menggunakan kepala, dada atau lutut. Tapi tidak boleh guna tangan kerana pemain akan dikira kalah atau pun mati. Tetapi kawan-kawan haruslah ingat timbangan yang dibuat selain dari kaki tidak diterima.

1 comment: